GURINDAM JIWA: Kosong
Kosong…
kosong… kosong…
Lagu itu
bagaikan berdengung di dalam benakku yang terasa kosong. Kosong
seperti sebuah gudang yang langsung tiada isi, tiada kerusi atau
meja, tiada rak barang-barang, tiada sebarang perabot, tiada sebarang
peralatan. Sebuah gudang tertutup rapi dan segenap inci permukaannya
berwarna putih.
Kosong itu
tidak mahu diisi, walaupun dunia cuba untuk menyelinap ke dalam hati.
Hambar dunia tidak terperi. Gerak rasa dan sentuh jiwa bagai tidak
lagi bererti. Menanggung isi dunia seperti menggenggam bara api. Aku
ingin pergi ke sana, tapi selagi masih di sini, aku perlu berdiri.
Aku tidak boleh mengambil jalan singkat untuk terus pergi. Aku perlu
berjalan perlahan-lahan, berkaki ayam di atas aspal di siang yang
terang.
Comments
Post a Comment