Posts

GURINDAM JIWA: Kosong

Kosong… kosong… kosong… Lagu itu bagaikan berdengung di dalam benakku yang terasa kosong. Kosong seperti sebuah gudang yang langsung tiada isi, tiada kerusi atau meja, tiada rak barang-barang, tiada sebarang perabot, tiada sebarang peralatan. Sebuah gudang tertutup rapi dan segenap inci permukaannya berwarna putih. Kosong itu tidak mahu diisi, walaupun dunia cuba untuk menyelinap ke dalam hati. Hambar dunia tidak terperi. Gerak rasa dan sentuh jiwa bagai tidak lagi bererti. Menanggung isi dunia seperti menggenggam bara api. Aku ingin pergi ke sana, tapi selagi masih di sini, aku perlu berdiri. Aku tidak boleh mengambil jalan singkat untuk terus pergi. Aku perlu berjalan perlahan-lahan, berkaki ayam di atas aspal di siang yang terang.

CERPEN: Tipu

Mentari sudah jauh tergelincir ke barat. Tangan kanan Budin digenggamnya di dalam kocek kosong. Di tangan kiri, sebungkus nasi berbalut plastik, kadang-kadang dihayun perlahan. Jalannya santai di atas batas-batas relung padi, mungkin kerana menikmati redup petang, atau sememangnya dia sudah kepenatan berlari. "Din! Ape tu?" Teriak Mat yang duduk di bangsal usang di tepi sawah. Mat pantang nampak makanan. Padan dengan badannya yang makin membelon. "Nasi bungkus!" jawab Budin, tanpa benar-benar menjawab. "Berapa ringgit?" Mat memang tak bertangguh. Mulutnya sudah kecur membayangkan nasi lauk ayam gulai yang bakal dinikmatinya. "Tiga!" Budin dekati bangsal lalu duduk disebelah Mat. "Aku beli dengan kau, lima ringgit!" Minta Mat. Budin menyeringai. Dua tiga batang giginya yang rongak dan hitam nampak jelas. "Banyak duit kau!" "Aku pinjam adik aku, hahahaha..." Mat seronok dan bangga dilihat ber